lirik mata itu bagai menghukum ku
tolonglah.
perasaan tolonglah terkawal oleh akal
sedetik mata bertentang
sehari rasa tubuh bergoncang
senyum ini ikhlas
untuk kamu dan mereka2
untuk kesekian kalinya
aku terpanah asmaramu
sungguh aku tahu benar
dosanya itu
tapi.
sungguh aku tak mampu tuk berpaling darimu
benar kata mereka
"sudah2 la dia milik orang"
pernahkah mereka berada dalam tempatku?
apa yang ku mahu bukan tubuhmu
apa yang kuinginkan hanya kasihmu
setulusnya aku sebenar2 niatku
di sini lagi aku meluah rasa
yang tak mungkin ku ungkap terus di hadapanmu
kekunci2 ini yang menemanku setiap kali hati ini menjerit namamu
kenapalah aku masih menunggu kamu?
sedang aku tahu tak kan pernah wujud
walau sebesar habuk yang terbang
sedikit rasa yang berlebihan antara kita
aku tahu semua itu
cuma aku tak mampu
benar2 tak mampu
menghapus jejakmu di segenap sudut hidupku
0 comments:
Post a Comment