Tuesday, December 6, 2011

~gurau senda~

akhir2 ini kau bagai sengaja menghampiri aku
kau seakan tahu akan sesuatu yang aku rahsiakan darimu
senda tawa dan senyum mu benar2 menghiasi hari2 ku
lesung pipit di kiri dan kanan pipimu selalu kurindu
tiap kali kau berada dekat yang jaraknya tidak sampai sekaki dariku
seakan mahu ku sentuh tangan itu

~yakin kan aku tuhan dia bukan milik ku~

mata kamu seakan menghidu keinginanku
atau aku tersalah tafsir cuma?
mungkin juga.
jadi,
biarlah.

sesungguhnya aku tahu salahnya aku
semakin hari aku semakin mahu berada dekat dengan mu

demi alam ini
aku telah cuba sehabis daya memesong penglihatan ini dari kamu
tapi perkara yang terakhir tetap kamu jua.
kamu dan juga kamu.

dosanya lah aku
terbebannya lah aku
semuanya aku yang menanggung
semuanya kerana salah guna anugerah

kamu mungkin ciptaan agung untuk aku kagumi
tapi bukan miliki

tak habis2 ku bermimpi tentang kamu lagi
seakan tak kan pernah berhenti.



0 comments:

Post a Comment