Wednesday, January 18, 2012

.sangat tak faham.

aku jadi bingung,buntu
memikirkan dimana silapnya aku
dimana salahnya aku
bila kau terus terusan begitu membenciku

riak air muka mu sudah cukup melakar jutaan rasa benci yang membuak-buak itu
dan itu sudah cukup untuk membunuh ku sesadis & tragisnya

sedihnya aku
hanya tuhan yang MAHA TAHU

kenapa kau buat begitu?

tidakkah ada sedikit kasihan & belas kau terhadapa aku?
biarpun jauh ikhlas & ihsannya
aku terima jua walau sepatah katamu menyapa telingaku
walau setengah ikhlas lirik senyummu
walau sekosong mana pandang matamu

tapi semua nya tak ada

apatah lagi gurau senda yang mesra

silapkah aku berlaku ikhlas padamu?
salahkah aku mengagung2 kan mu disisi gelap hidupku?

seksanya aku
bila hari2 terakhir ini aku seakan dipaksa2 untuk senyum dan ketawa
sedang dalam ku luka berdarah lagi parah

kalaupun aku kau tak suka
jangan lah kau hina2 aku
jangan kau bunuh aku dengan tingkahmu
yang benar2 membenam hampir setengah semangat hidupku

aku tahu batas fantasiku
aku tahu batas perhubungan kita
tak usah kau bimbang sampai memutus tali persahabatan ini

teringin sangat aku berdepan denganmu
berempat mata cuma kita berdua
menanyakan apa sebenar yang terbuku dihati luhurmu
kerana semuanya tersembunyi disana

berkali2 aku seret diri
usah memikir tentang kamu lagi
tapi kau itu telah tertulis dalam layar hidupku
watak itu telah wujud
tak mungkin aku padam
walau seribu tahun lagi

sudah cukuplah bebanan rasa bersalah yang menggunung bila aku jatuh hati padamu
jangan lah ditambah2 lagi dengan pandang matamu yang penuh dengan benci

sungguh.
aku ingin tahu.

0 comments:

Post a Comment